Saturday, July 23, 2011

Kurang Kasih Sayangkah?

Alhamdulillah atas kurniaNya...pagi ni aku bersarapan sambil menuntun siri tv9 tanyalah ustaz..jarang2 je buka tv dipagi hari..tapi pasal duduk kat rumah orang xkan nak berselimut sampai ke tengahari. lagipun ada urusan yang perlu dibereskan..ye..berbalik kepada tanyalah ustaz tadi..tajuk tema die arini ialah prinsip keluarga bahagia..jyeaahh...begitu bertepatan sekali ngan dilema aku skarang ni..die bercerita tentang bagaimana nak menghadapi krisis2 rumahtangga. yang aku cuba nak highlight senanye ialah mengenai kata2 ustaz tu yg menusuk ke kalbu aku..baru je kelmarin aku cakap aku ni kekurangan kasih sayang..yelah..adik badek ramai..xdapat perhatian. sebab aku ni agak pendiam kawan2 yang baru kenal tu memang susah aku nak rapat. boifren aku pulak slalu buat donno ngan aku smpai aku dah fedap. rase teramatlah kekurangan kasih sayang..tapi rupanya ada lagi insan lebih mulia yang amatlah kurang kasih sayangnya. iaitu junjungan nabi kita Rasulullah SAW. sejak lahir pun dah kehilangan ayah. umur 4 tahun ketika kita di umur yang baru belajar nak bermanja dengan ibu dan saat kita paling aktif baru belajar banyak benda baru, ibu Rasulullah pula pergi dijemput Ilahi. kemudian diikuti datuknya. bila dah dewasa pula diberi tanggungjawab yang amat berat.

Jika nak dibandingkan aku ni amatlah bertuah dikurnia keluarga yang ramai. walaupun abah pergi agak awal..at least aku pernah merasa kasih sayang abah. bukan kasih sayang bermanja2, tetapi cukuplah merasa hasil usaha titik peluh abah menyekolahkan aku. adik bongsu aku lagi kesian. dialah paling rapat n manja ngan abah. mase tu dia baru darjah dua. aku tak pernah nak tanya perasaan dia. balik kampung ni aku mesti nak peluk cium dia n try berbual pasal hal ni.

Bertuah kan aku..Alhamdulillah Allah menjawab rungutan aku. kasih sayang manusia boleh dicari. kasih sayang dari Allah lagi penting. i wanna be a good muslimah!

jadi sahabat diluar sana tu.. jika kita kadang2 dibelenggu perasaan cam malang2 gtu..fikirlah orang yang lebih malang okey..

Haaa...lagi satu.. ustaz tu jugak cakap, kalo nak rumahtangga yang bahagia, aman, kita kene ade sifat penyayang dalam diri kita. camne nak masukkan sifat penyayang ni? iaitu... dengan menjadi seorang yang pemaaf. walaupun kita akan selalu2 teringat perbuatan jahat orang kat kita, katalah dengan diri sendiri aku maafkan orang itu. insyaAllah akan tenang.

So, moralnya disini ya.. yang pertama, marilah mengejar kasih sayang dari Allah, yang kedua sentiasalah memaafkan orang lain supaya mempunyai jiwa yang penyayang..

Ya, saya dah pun maafkan kesalahan semua orang..dan dia juga..tapi saya masih menunggu kata maaf dari dia..

Aite lah..sampai cni jek..peace!

No comments:

Post a Comment